-->

My Music

Saturday, 16 May 2015

CeriteraKu untuk kAli Ini

Yo! Apa khabar? lama betul saya tak tulis..hari tu ingat nak seminggu sekali letak entri,tapi pui! pui! tak jadi pon!,...malas lah nak sambung entri yang sebelum ni...ok lah,saya nak citer sikit apa yang dah terjadi sepanjang saya memungkiri janji untuk meletakkan entri sekali seminggu...

Saya dah masuk Form 6...dapat pulak jurusan kemanusiaan & saya memilih pakej yang ada subjek Sejarah, Sains Sukan,B.Melayu,Pengajian Am serta MUET di SMK Bukit Baru,Melaka.Sekolah tu cuma menawarkan 2 pakej je,yg lagi 1 tu subjek Ekonomi & Pengajian Perniagaan..Namun begitu,pada masa yang sama,saya nak subjek Math..tapi tak ditawarkan kat situ pon..Jadi lepas satu minggu orientasi..saya ambillah borang daripada GPK T6 iaitu Cikgu Selvam yang dikasihi..saya suka cara cikgu tu mendidik!! Tapi borang tu,adalah borang untuk pertukaran sekolah..Saya pun ingat nak pergi SMK Munshi Abdullah sebab dulu saya pernah bersekolah di sana semasa di Tingkatan 1..tapi sebulan je la sebab tak nak duduk asrama dan sekolah bersesi petang..Lagi satu,sekolah munshi tu banyak pakej dan subjek tambahan yang boleh diambil...Dengar cerita dari kawan..dia kata munshi ada 5 pakej...Math memang ada..tapi yang buat saya rasa macam nak terjun bangunan sbb subjek tu wajib diambil dengan subjek Sains Tulen..oohhhoooh..sori sesangat..gua dah tak nak buat sains lagi.. Sains gua teruk la..tak boleh bawak & tak minat langsung pon!! tapi saya bersyukur jugak la,yang SPM punya result untuk Sains Tulen tiada yang gagal...fuhh nasib baik betul..sekurang-kurangnya dapat jugak AddMath dgn Bio tu C+..jadi bnyk bidang yang saya boleh mohon dengan keputusan SPM saya yang cukup2 makan je tu...Secara keseluruhan saya dapat 5A dlm SPM & markah koku saya 7.27..boleh la,daripada tak de.. Banyak sangat dapat tawaran U swasta..apa yang gua nak..ialah IPTA bukan swasta tu!..maklumlah,keluarga saya bukannya senang sangat..hanya sederhana sahaja..tu pun Syukur Alhamdulillah kepada Allah..sbb tak bagi terlalu kaya & terlalu miskin..tu semua berkat usaha mak ayah yang dah susah payah sebelum ni..They deserve it..and i should be myself and depend on myself to success one day! i'll find my own comfort and life.. I don't want my parent always support me until i become an adult..i have to find my own way to live in prosperity and briliantly!!! ceh speaking pulak aku ni..haha

Kelas Sains Sukan tu ada 46 orang pelajar...ramai tu!!...sekarang ni sesiapa yang lambat mendaftar akan masuk ke kelas Ekonomi..fuh sebenarnya ramai jugak yang dri kelas ekonomi tu buat rayuan nak masuk Sains Sukan.. kesian cikgu kena ajar ramai2..tapi jangan risau..rasanya masa hari terakhir minggu orientasi tu banyak juga budak dapat tawaran..twaran dri UPU dan Politeknik...ada la dlm 2-3 org dlm kelas yang nak keluar termasuk saya...

Bercakap tentang "termasuk saya" tu...saya dapat tawaran daripada UPU...nak tahu saya dapat kat mana? ..kat UiTM Kampus Tapah...kat Perak tuhh!! jauh nun di sana! gua dari Melaka nak pergi ke sana..pehh jauh ar..tapi walaubagaimanapun..tawaran itu diterima dan saya akan melapor diri pada awal bulan Jun nanti. Saya dapat bidang Statistik...Saya pun tak tahu sangat bidang tu tentang apa.. tapi apa yang saya pasti dia ada kena mengena dengan matematik dan graf2..Kerjaya bidang ni..agak meluas jugak la..banyak jugak peluang kerjaya..Jadi,saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan Tingkatan 6 dan meneruskan pembelajaran saya di UiTM..ianya satu bidang yang jarang orang ambil..dan saya minat bidang tu..jadi tiada alasan untuk mensia-siakan tawaran tu..

...

2 minggu jugak la saya sempat menjadi pelajar Tingkatan 6...Memang sebenarnya daripada dulu saya nak sangat masuk T6..tapi tawaran UiTM tu juga adalah pilihan yang baik..cuma agak jauh je.. Dalam 2 minggu tu..dah start belajar dah skop2 penggal 1 STPM tu..agak interesting jugak..saya berminat..tapi sekali lagi saya ingatkan diri saya..yang UiTM tu jugak adalah pilihan yang baik..lagipun STPM ni satu thun setengah je..jadi kena struggle la jugak...kalau kat UiTM tu 3 Tahun...lama la sikit...tapi itu bukan penyebab utamanye. Penyebab utamanya adalah..saya sudah sedia dapat bidang yang saya suka..jadi buat apa buang masa di T6 yang dipanggil "Program Persediaan Universiti" sekarang..Sedangkan saya sendiri sudah ditawarkan ke Universiti..Saya ingatkan sekali lagi..STPM tak membuang masa pun cuma..Sesetengah orang memikirkan T6 membuang masa sebab kena buat diploma balik,bukan terus buat Ijazah..tapi yg sebenar-benarnya,kalau keputusan kita bagus,STPM tu boleh terus buat Ijazah/Sarjana Muda ... orang yang berpatah balik ke diploma berkemungkinan mendapat keputusan yang teruk dlm STPM,oleh sbb itu..sijil SPM diguna pakai semula..dan mungkin juga pakej subjek STPM yang diambil itu tidak padan dengan program ijazah yang dimohon..tu sebab la,ramai T6 patah balik ke diploma..Jadi,kesimpulannya..bagi sesiapa yang tengah buat STPM tu..kena la dapat keputusan yang baik dan bila dah keluar mohon la program ijazah yang setara dengan pakej subjek yang diambil...~Jangan la ambil bidang Farmasi kalau masa STPM dulu ambil pakej ekonomi~ tak logik betul..tu sbb terpaksa ambil diploma..kan dah buang masa tuh..ish3

Ok..sebenarnya,semalam la last saya jadi pelajar T6 ni..agak sedih jugak nak tinggalkan sekolah tu..Agak sedih nak tinggalkan cikgu2 yang sporting kat sana terutama Cikgu Asla..Cikgu la cikgu yang pertama berkenalan dengan saya sampai cikgu ingat nama saya. Agak sedih untuk tinggalkan kawan baik saya,Nabilah. Dia tu pun nak tukar ke Munshi..cuma dia kena alone la kat situ sementara tunggu proses pemindahan.. sedih la.. maafkan aku Nabilah..Ini untuk masa depan aku.. Aku takkan lupakan kawan-kawan aku..Iffah pun!..Tahniah kepada Iffah! dia dapat pergi Matrikulasi kat Melaka..nanti korang jumpa2 la selalu ye..cuma aku je yang tersesat kat Perak..
Sebenarnya ada plan nak pergi jalan2 hujung minggu ni..tapi dak Nabilah ni mula2 kata tak jadi..so aku pun beritahu la ayah aku..kebetulan hujung minggu tu,mak saya kerja kat UTC..saya nak pergi Gym kat situ.. Tapi baru tadi ni hah..dia kata "jadi"..adoi gua rasa nak cekik je dia ni! saya dah merajuk dan lebih baik saya ikut mak saya..i'm sorry but hell..i'm not sorry,i'm really angry dude!!
Agak terkilan jugak tak dapat pergi jalan2 dgn diorg hujung minggu ni..tapi gua dah lama pendam nak pergi Gym..jadi inilah masanya!!

...

Hmm..hari ni iaitu pada hari Sabtu,saya bangun awal pagi..sebab semalam tu dah plan nak gi jogging.. Pagi ni,jogging la kat Pantai Puteri...boleh tahan la penat..dah la kasut punya tapak tercabut!! dua2 pulak tu..lepas dah abis jogging dgn famili tu..pergi la breakfast...kat situ ada Hari Belia..banyaklah basikal kat situ..lepas tu,mak singgah la kat melaka sentral yang kat pasar tu..lepas tu balik lah...

11 Miscalled...terpapar kat skrin telefon saya..haha,..sori Iffah...masa kau call tu aku tido mati dan henpon aku kat dalam beg..mungkin aku tak dengar..Seronok jugak la hari ni..dapat jugak jumpa Iffah..dia pun dah nak balik Muar tu..datang singgah je...nak ambik hardisk tu..Maaf sangat2. sbb susah betul nak jumpa kau..lagi2 bila kau dah pindah..sekali lagi,Tahniah kepada dia!! buat betul2 Matrik tuu!!

Oklah..dah banyak tulis dah ni,babai assalamualaikum..sampai di sini sahaja la coretanku ..~


X-Steel - Unavailable