-->

My Music

Sunday, 15 September 2019

Adakah ini satu kemurungan?

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...

Untuk semester 4 yang sudah 2 minggu ni, suasana kelas masih tidak begitu haru. 30hb Julai yang lepas, aku keluar dari rumah sewa di Seksyen 2 dan menyewa di tempat baru -iaitu di sekitar Seksyen 7. Banyak yang dah terjadi sebelum masuk semester 4, aku malas nak ingat dan cerita balik.

Sebenarnya hari ni,aku teringat akan peristiwa lama semasa aku Sem 4 diploma dulu, yang menyakitkan dan merubah persepsi aku terhadap 'persahabatan'.. pada aku dan mungkin hanya aku yang rasakan ini... yang persahabatan takkan pernah bertahan~ jadi sejak dari tu takkan ada orang pun yang aku boleh anggap sebagai kawan jangka masa panjang tapi hanyalah sekadar sepintas lalu a.k.a short-term..hmm.. aku dah tak berapa ingat lah apa yang jadi sebab aku jenis melupakan apa sahaja yang melukakan hati aku. tapi perasaan sakit itu takkan pernah hilang.. tanpa aku sedari aku masih mengenangkan kisah lalu itu dan berasa kecewa. Takpelah.. tiada sesiapapun memahami hatiku melainkan diri aku sendiri.

Minggu lepas, aku terkejut jugak dengan tingkah laku aku. Disebabkan aku tak tahan dengar bebelan orang yang membandingkan aku dengan si fulan.. aku bertindak untuk melakukan perkara yang aku tak pernah buat sebelum ini. Disebabkan peristiwa itu, aku jadi lebih pendiam walaupun aku dah memang pendiam.. aku rasa aku tak nak campur dan berjumpa dengan manusia lain. Aku nak buat hal aku sahaja. Walaupun aku cuba muhasabah, tapi mungkin sebab hati aku dah hitam yang membuatkan aku menolaknya. Aku banyak membuang masa dan sering menghadap laptop walaupun aku rasa tengok laptop takdelah seronok sangat. hidup aku sekarang macam takde haluan dan aku tak nak fikirkan apa yang jadi akan datang.. aku cuma buat persediaan untuk masa yang dekat dan hanya ala kadar sekadar merentasi hari demi hari tanpa sebarang penglibatan yang memuaskan. Pada aku, hati aku dah mati.. mungkin ada kadangkala tuhan nak beri hatiku bernafas semula tapi aku menidurkannya.. aku rasa hidup ni macam lagi bagus kalau aku tak wujud dari mula. Secara jujurnya, aku rasa bimbang dengan keadaan aku sekarang .. aku takut aku ni ada masalah mental.. aku menaip ni pun sambil mengalirkan airmata.. emosi aku tak terkawal bukan sebab aku period pun.. mungkin sebab aku takde siapa nak buat jadi teman berbicara 

Semester 4 ni, sebenarnya aku menerima satu situasi baru iaitu duduk di rumah sewa seksyen 7. Apa yang buat situasi itu hambar adalah salah aku sendiri. Aku menjauhkan diri aku dari orang lain sedaya mungkin. 

Aku berhasrat untuk pergi jauh suatu hari nanti dan lupakan semua orang. Tempat yang cuma ada aku dan alam.



Friday, 15 March 2019

REPEAT PAPER SEMASA SEMESTER 3

Assalamualaikum, dah masuk tahun 2019 ni aku terbuka hati nak menulis kat blog ni.. okay, aku nak direct cerita apa yang terbuku dalam fikiran aku sekarang takut kang sat lagi lupa.. lupa tu dah sebahagian dari hidup aku.

15hb Februari 2019 tak silap aku dimana 10 hari lagi aku nak kembali ke UiTM utk semester 3, result exam semester 2 aku keluar. CGPA aku jatuh gedebuk. busssshhh... dari pointer 3 lebih dh takat pointer 2 something dah. Tapi aku memang dah agak aku akan fail masa aku tgh hadap satu paper tu. Paper tu 5 credit hour. alamatnya memang aku takkan bersama classmate aku lagi la semester 3 ni (utk subjek tu shj). Masa masuk exam utk paper yang aku fail tu, aku jadi 'blank' dimana aku tinggalkan je kertas tu putih bersih sebagaimana aku dapat masa sebelum nak jawab tu. Bayangkan 3 jam tunggu kat dewan peperiksaan tu tanpa jawab apa2. aku hanya merenung kertas tu dan baca banyak kali soalan2 yang tertera. 30 minit terakhir, aku cuba juga menjawab soalan part C yg mana cuma ada 60 markah dri 120 markah paper tu. Aku dah pasrah dah sebenarnya, aku tahu even aku jawab soalan tu, lulus pun takkan dapat. Tapi sekurang2nya aku dapat 'D'. Tapi ia tak mengubah apa2, gagal tetap gagal. 

Bila naik semester 3 ni, memang tak dinafikan agak pening nak menyusun semula jadual, kena naik turun jumpa advisor, tapi alhamdulillah aku dapat susunnya dgn baik.. aku ada 6 subjek semuanya untuk sem 3 (sebenarnya 8 tpi 1 PC dan 1 lagi aku takleh amik smpai aku pass subjek yg aku repeat ni), kiranya 5 subjek aku masih dapat bersama dengan kelas asal aku. Cuma 1 subjek yang repeat tu aku kena la bersama dengan junior dan duduk di kelas sem 2. 

Masa mula2 masuk kelas junior, aku rasa takut sangat. Takut kalau diorang ni pandang serong kat aku dan menjauhkan diri dari aku. Tapi tak.. aku seolah2 gembira masuk dekat kelas junior. Diorg layan aku dengan baik, diorang approach aku sehingga buat aku pun hepi nak bergaul dgn diorg.. aku lebih mengingati nama diorg berbanding nama classmate aku sendiri.. walaupun pada mulanya aku tak selesa dengan diorg sbb diorang tanya direct kat aku, yang aku ni budak repeat ke. Aku mengaku dengan sejujurnya, aku faham ni lah kesan bila tak jawab exam betul2. Aku masuk kelas diorg dan menghadap lecturer yang sama masa sem 2. ye. Aku rasa malu tang situ. Aku harap dia tak tanya kenapa aku fail. Tapi bila masuk kelas ni kali kedua, aku rasa lebih faham dengan apa yang lecturer aku cakap. Siap boleh ajar lagi junior2 aku. Aku berhasrat nak target subjek ni utk dapat A. supaya aku dapat naikkan pointer aku semula. Aamiin.

Sebulan dah berlalu, aku kat shah alam.. aku ada masalah pengurusan wang.. bukan aku tak berjimat cermat.. aku dah berjimat sehabis baik utk makan minum.. tapi mungkin sebab semester ni aku bawa kereta. Aku perlu keluarkan modal utk bayar isi minyak.. tapi bukan itu yang menjadi kesan utama terhadap financial aku. Baru2 ni ada pesta buku dekat SACC Mall. Aku bila tgk buku yg tengah promotion, apalagi..  belilah tanpa ragu2!.. dan menyesal di kemudian hari. Aku dah bazirkan hampir RM200 semata2 beli buku novel yang aku sendiri jarang baca. Bulan Mac ni je aku dah berhabis RM800++ (Baru separuh bulan tau tak!!).. haiih.. walaupun simpanan aku masih banyak, ini benda yang sangat kritikal. Tapi kalau nak diikutkan aku baru spend hampir RM400, sbb lagi RM400 lebih aku bayar duit sewa rumah untuk 3 bulan. Jadi 'massive spending or overspending' ni agak memberi tekanan pada aku. Aku taknak mintak parent aku duit. Aku nak buat side income, tapi tak tahu macam mana. Untuk separuh bulan lagi ni, aku akan try sebaik boleh utk cut down my expenses. 

Oh ye, untuk sem 3 ni.. aku kena ambil bahasa ke-3 which i choose to take Mandarin.. well, lecturer mandarin ni sangat best. Aku tak pernah rasa bosan masa masuk kelas dia. Ada orang kata mandarin susah, tapi aku enjoy dengan mandarin ni. Aku ingat nak amik Bahasa Jepun almaklum dah terpengaruh dengan Anime la nak dikatakan. Tapi aku rasa learning mandarin is quite good. Bahasa mandarin ni bagi benefit untuk kos yang aku ambil. Memang banyak syarikat hartanah luar sana memang berurusan dengan cina. Jadi kene la ada skill cakap cina kalau nak mintak kerja kat luar nanti. Tulisan dia pun aku suka sbb dia ada seni ala2 khat jawi gitu. haha.. aku teringat balik balik yang aku ni best student utk subjek jawi masa kat sekolah agama dulu. Aku harap aku boleh jadi best student utk mandarin ni jugak.

Sebelum aku menghabiskan penulisan aku, aku nak beritahu yang aku ada roomate baru kat rumah sewa ni. Well, aku suka dengan roomate ni, dia student master in Art & design kat UiTM. Boleh ngam la jugak. Aku bersyukur Allah pertemukan aku dengan orang baik2 semuanya. Yg tak pengaruh aku ke jalan sesat (sbb dh ada pengalaman dulu). Dalam bilik sepatutnya 4 orang, tapi 2 orang dah keluar, sorg pindah damansara, sorg lagi pindah sebab tukar kerja masa bulan feb hari tu. Tinggallah 2 orang..aku dan Dayang, dan masuk org ke-3 masa bulan 3 ni. kurang la sikit beban nak bayar duit sewa. Nasib ada orang nak masuk cepat2. Kalau tak sebulan nak kena bayar RM200++. Ok, apa2pun this new roomate, is a good person. I hope we will have good bonding within this short period. 

Hmm.. apalagi aku nak cerita ye? Mmg banyak cerita tapi aku tak larat nak selongkar memori aku ni. Aku takde idea dah. OK lah. Assalamualaikum.



Wednesday, 2 January 2019

Throwback 2018

Assalamualaikum... lama betul tak update blog ni. Dah masuk tahun 2019 dah pun. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2018 ni. Hari ini, dengan tak semena-mena aku ada mood nak bukak blog yang dah berkurun aku tak tengok. Macam ada feel nak cerita serba-serbi pasal diri ni. Aku point out kan peristiwa-peristiwa yang telah pun aku alami tahun ini dan menjadi kenangan, antaranya ialah
  • Aku derma darah di UiTM Tapah, Perak (Jan)
  • Aku menamatkan semester terakhir sebagai pelajar diploma statistik.. Alhamdulillah tak de extend (Jan)
  • Aku pergi menunaikan umrah bersama keluarga (Feb)
  • Aku dapat handphone baru dari ayah sempena dapat sambung belajar degree (Mar)
  • Aku dapat tawaran masuk degree dalam bidang Pengurusan Hartanah secara penerapan di UiTM Shah Alam (Mar)
  • Aku sertai acara berbasikal beramai-ramai anjuran Balai Polis Melaka Tengah (Ogos)
  • Aku jadi graduan untuk Diploma Statistik (Nov)
  • Jalan-jalan di sekitar Kuala Kangsar, naik feri & sbgainya (Nov)
  • Aku start duduk rumah sewa di Shah Alam pada semester 2 (Sept)
  • Aku salah naik bas sampai sesat naik train pun sesat lagi akhirnya 8 jam baru sampai rumah (Nov)
  • Aku dapat tawaran SPA untuk jawatan penilaian, kerani, dan separa perubatan..tapi tak pergi pun..haha
  • Aku sedang menghadapi final exam semester 2 sekarang ni (dari bulan disember 18 hingga jan 2019)
nanti aku sambung bila aku nak sambung..tetiba rasa mengantuk pulak..
X-Steel - Unavailable