Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...
Untuk semester 4 yang sudah 2 minggu ni, suasana kelas masih tidak begitu haru. 30hb Julai yang lepas, aku keluar dari rumah sewa di Seksyen 2 dan menyewa di tempat baru -iaitu di sekitar Seksyen 7. Banyak yang dah terjadi sebelum masuk semester 4, aku malas nak ingat dan cerita balik.
Sebenarnya hari ni,aku teringat akan peristiwa lama semasa aku Sem 4 diploma dulu, yang menyakitkan dan merubah persepsi aku terhadap 'persahabatan'.. pada aku dan mungkin hanya aku yang rasakan ini... yang persahabatan takkan pernah bertahan~ jadi sejak dari tu takkan ada orang pun yang aku boleh anggap sebagai kawan jangka masa panjang tapi hanyalah sekadar sepintas lalu a.k.a short-term..hmm.. aku dah tak berapa ingat lah apa yang jadi sebab aku jenis melupakan apa sahaja yang melukakan hati aku. tapi perasaan sakit itu takkan pernah hilang.. tanpa aku sedari aku masih mengenangkan kisah lalu itu dan berasa kecewa. Takpelah.. tiada sesiapapun memahami hatiku melainkan diri aku sendiri.
Minggu lepas, aku terkejut jugak dengan tingkah laku aku. Disebabkan aku tak tahan dengar bebelan orang yang membandingkan aku dengan si fulan.. aku bertindak untuk melakukan perkara yang aku tak pernah buat sebelum ini. Disebabkan peristiwa itu, aku jadi lebih pendiam walaupun aku dah memang pendiam.. aku rasa aku tak nak campur dan berjumpa dengan manusia lain. Aku nak buat hal aku sahaja. Walaupun aku cuba muhasabah, tapi mungkin sebab hati aku dah hitam yang membuatkan aku menolaknya. Aku banyak membuang masa dan sering menghadap laptop walaupun aku rasa tengok laptop takdelah seronok sangat. hidup aku sekarang macam takde haluan dan aku tak nak fikirkan apa yang jadi akan datang.. aku cuma buat persediaan untuk masa yang dekat dan hanya ala kadar sekadar merentasi hari demi hari tanpa sebarang penglibatan yang memuaskan. Pada aku, hati aku dah mati.. mungkin ada kadangkala tuhan nak beri hatiku bernafas semula tapi aku menidurkannya.. aku rasa hidup ni macam lagi bagus kalau aku tak wujud dari mula. Secara jujurnya, aku rasa bimbang dengan keadaan aku sekarang .. aku takut aku ni ada masalah mental.. aku menaip ni pun sambil mengalirkan airmata.. emosi aku tak terkawal bukan sebab aku period pun.. mungkin sebab aku takde siapa nak buat jadi teman berbicara
Semester 4 ni, sebenarnya aku menerima satu situasi baru iaitu duduk di rumah sewa seksyen 7. Apa yang buat situasi itu hambar adalah salah aku sendiri. Aku menjauhkan diri aku dari orang lain sedaya mungkin.
Aku berhasrat untuk pergi jauh suatu hari nanti dan lupakan semua orang. Tempat yang cuma ada aku dan alam.