-->

My Music

Tuesday, 6 November 2012

Bagaikan Sedetik

Assalamualaikum...sebenarnya cerita ini berlaku pada hari semalam iaitu Isnin.Semalam tak ada peluang nak on komputer ..tapi kita dah catat & rekod cerita semalam dlm kertas.Jadi kita terus menaip je lah kat dalam blog hari Selasa ni..apapun terima kasihlah kerana mengikuti perkembangan blog ini walaupun saya bawa cerita yg dah basi...maaf ye :3  Okey,pertama sekali terima kasih saya ucapkan jika anda dapat mengikuti coretan saya di blog ini hingga ke noktah terakhir...


Pada hari Isnin yang berhawa dingin akibat hujan yang tidak henti merintik di Ayer Keroh,Melaka.,saya punya mood tersangatlah biasa..hehe ...sarapan pada pagi tadi ialah mi goreng.Sewaktu tiba di sekolah,saya dapat melihat pelbagai karenah budak2 Form 5 ketika di Anjung Ilmu.Ada yang resah gelisah,ada yang tenang,ada yang blurr2 je dan banyak lagilah!.Mereka seperti hendak berperang pada pandangan saya. Bukan berperang darah!Tetapi dengan kertas exam.Maklumlah,hari ni merupakan hari pertama SPM berlangsung...Harap diorang dapat buat yang terbaik..Aamiin! ^^ eh...saya sebenarnya nak cerita pengalaman yang saya perolehi hari ini.Yang pertama,semasa berada di bilik muzik yang sangat sejuk dengan penangan air-condnye serta diselubungi hujan yang merenyai-renyai kat luar tu,saya dan kawan-kawan dapat belajar buat kad 3D.Seterusnya..selepas rehat,ada pertandingan permainan tradisional .Saya memilih congkak sebagai pilihan.Pada mulanya,saya hanya bermain secara suka2.Tapi selepas saya melepasi peringkat saringan,saya rasa saya ada harapan.Saya juga tak sangka dalam ramai2 saya berjaya sampai final,padahal saya tak yakin langsung saya boleh lepasi peringkat pertama.Gembira rasanya tau! Final tak sempat nak dijalankan.Jadi besoklah penentunya.Harap dapat menang lah.Saya tidak kisah,..jika saya menang itu dah memang rezeki saya.Kalau kalah pun dapat hadiah jugak,sebab dah tergolong dlm 3 yg terbaik,kan?Hari ni saya rasa terharu,tadi kat sekolah,kawan saya,Nabilah,beri sesuatu yang amat penat dan sukar untuk dihasilkan.Dia sanggup anyam lidi dan bentukkannya sebuah bakul yang comel dan dalam bakul tu dia ada letak sepucuk surat.Dia juga ada anyam bentuk rama-rama dengan lidi sahaja.Ia perlukan kosentrasi danpermerhatian yang teliti untuk menghasilkannya.Comel sangat rama-rama tu.Oh ye..dalam surat tu,dia tulis sesuatu tentang persabahatan yang telah kami bina sejak 3 tahun lalu.Walaupun ianya dalam masa yang singkat..ia merupakan peristiwa yang akan saya simpan dalam hati.Saya rasa happy sangat2. Terima kasih yang tak terhinggalah pada dia ^.^...surat yang dia bagi buatkan saya rasa sayu untuk tinggalkan dia dan sekolah yang kami belajar bersama.Tapi,keputusan saya muktamad ! Saya akan berpindah. Sedih Jugaklah rasa.walauapapun dialah sahabat saya ketika saya kesepian.Walaupun banyak kali bergaduh,tak sampai satu hari tu,kitorang dah berbaik semula.Hanya tinggal 4 hari lagi saya di sekolah yang sama dengannya.Minggu depan dah start cuti sekolah.Tahun akan datang iaitu 2013,saya dah pindah tempat lain.Saya doakan dia,moga2 dia dapat kawan yang lebih baik daripada saya.Semua yang berlaku dan rintangan yang kita hadapi bersama..bagaikan mimpi.Walaupun begitu,Nabilah awak akan sentiasa di hati saya.Walaupun kenangan itu bagaikan sedetik,tidak akan saya lupakan. "Friend till the end" ..okeylah sampai di sini sahaja.Setiap pertemuan pasti akan berpisah jua.Saya akan manfaatkan dalam 4 hari yang tinggal ini bersama dia.Maaf ye jika coretan ini terlalu panjang..Assalamualaikum....=]


No comments:

Post a Comment

X-Steel - Unavailable