Aku tahu apa yang aku buat adalah SALAH
Namun aku masih melakukan kekhilafan itu berulang kali,
Aku memohon pada-Nya agar aku diberi petunjuk dan hidayah,
Begitu banyak jalan yang aku tersimpang,
Allah memberi aku peluang untuk kembali pada jalan'Nya,
dan sudah berapa kali aku masih memilih jalan yang salah.
Aku manusia yang tidak bersyukur,
Lalai dan alpa dengan duniawi yang takkan abadi,
Aku begitu berharap aku dapat kembali menjadi seorang insan,
Aku lemah dan menipu diri sendiri,
Mulut hanya ringan berbicara,
Hati di dalam tertutup rapat tanpa sekilas cahaya,
Hanya fikiran yang dibendung nafsu
Arah haluan yang aku jejaki.
Semuanya kerana hatiku 'mati'
Apakah ianya boleh dihidup kembali...
Muhasabah,..
Sudah beberapa kali ku cuba..
Kesannya hanya sementara..
Aku menyatakan aku mahu ke syurga,
Neraka bukan menjadi pilihanku...
Namun,adakah aku benar-benar maksudkannya?
Setiap kali kebaikan melintasi di ruang legarku
Pasti ianya dipenuhi dengan pelbagai halangan
Membuatkan aku tidak ikhlas
Membuatkan aku terkadang riak
Solat yang ku laksana,
Penuh dengan gangguan jiwa,
Aku jarang merasakan ketenangan sujud pada-Nya
Kerna, aku tidak fikir apa-apa
Kerna, aku hilang pandangan cahaya nur-Nya
Jadi, apa perlu aku lakukan?
Sebanyak mana aku cuba lakukan kebaikan,
Kejahatan dalam diriku tak pernah berhenti
Bisikkan yang benar di dalam diriku ini hanya diendahkan
Terkadang aku dengar suara itu merayu padaku
Bisikkan yang mahu aku meninggalkan segala kekufuran
Kejahilan yang aku ada ternyata menghalang aku untuk melakukan
seperti mana suara itu berbisik,
Namun, kamu tidak merasa pelik kenapa aku menulis semua ini?
Kerana aku cuba untuk mengikut diriku yang terpendam lama,
Yang menjadi suara tengah dalam hidupku,
Yang menjadi pelindung dan juga musuhku
Itu lah "naluri"
Naluri aku tak pernah berbohong
Namun dia dikunci dan dikurung
Meskipun ia tidak bebas...
Naluri itu itu yang membuatkan aku memikirkan hal ini
lagi dan lagi
Sampai suatu saat dia ingin menyuarakan dirinya
Demi diriku yang masih tidak sedarkan diri
Bangkit lah diriku!
Aku tahu kau masih ada di sana...
Jangan tinggalkan aku terkapai-kapai di sini
Kepalsuan kata-kata hati...
Membuatkan aku jatuh di lembah kekesalan
Pengorbanan orang yang tersayang untuk diriku
Salah satu ketukan di pintu hatiku
Aku memohon agar sinar yang ku nantikan akan tiba
Aku ingin bertaubat dan berikan penawar pada hati yg mati ini
Aku tak mahu berada di tempat ini terlalu lama
Aku keseorangan walaupun dikelilingi manusia
Aku kehilangan walaupun ada semuanya
Dengan ini,penutup tirai ku ucapkan 'astagfirullah hal azim'
Entah mengapa aku menulis kata-kata ini
Aku nak jadi lebih baik...
Dan hidup kembali pada Islam dan bukan sekadar di namai muslim
Aku akan cari jalan pulang
Doakan aku,
Berjaya menentang musuhku yang paling kejam selain syaitan iaitu diriku.
No comments:
Post a Comment