-->

My Music

Monday, 26 October 2015

Menuju ke Alam Kemusnahan

Assalamualaikum... tajuk yang dibincangkan agak berat , jadi sebagai manusia biasa bicara saya mungkin tidak sampai dan tidak seperti tajuk tersebut.

Sedarkah kita , bahawa dunia semakin hampir dengan penamatnya?
Manusia yang menasihati melakukan maksiat yang sama
Manusia yang mengharapkan pujian manusia
Manusia yang tidak mahu berubah menjadi lebih baik
Manusia baik yang berubah lebih zalim
Manusia yang lebih teruk daripada syaitan
Manusia yang lebih menakutkan

Apakah semua ini telah tertulis dan takdir?

Seperti yang kita lihat , semakin banyak spekulasi yang kurang enak didengari untuk semua bani adam di seluruh dunia

Bala demi bala menimpa .. mungkin untuk menyedapkan hati , kita kata ia adalah satu 'ujian'.
Tapi benarkah itu ujian?
Pernahkah kita terfikir bahawa ini semua pembalasan awal.
atau AMARAN sebelum terjadi sesuatu yang lebih dahsyat?

Hari 'itu' semakin tiba ...
Manusia yang leka hanya anggap ianya biasa
Mereka kata mereka 'takut'
Padahal sebenarnya takut kehilangan duniawi
Bukan 'takut' pada hari pengadilan(hisab)

Yang disangka baik dan alim
Pentingkan diri dan berpura-pura
Yang disangka jahat dan zalim
Hanya mampu pertahankan diri dari fitnah

Segala apa yang kita sangka benar
Ternyata palsu dan penipuan yang besar
Dunia tidak lagi selamat

Sahabat-sahabat .. saya hanya manusia biasa yang sering melakukan dosa
Tapi sampai bila?
sampai bila mahu ditakuk yang sama?

Istighfar lah saudara ku sekalian

Mari kita lihat kembali , perbuatan-perbuatan kita yang lepas
Renungkan kembali , ibadah kita pada Allah
Sempurnakan perkara yang masih kita rasa kekurangan

Hidup kita di dunia ini sangat singkat
Umpama daun di pepohonan
Yang bila-bila masa sahaja gugur jatuh ke bumi
Layu berterbangan ditiup angin
Tidak diduga pemergiannya

Alam kemusnahan yang semakin hampir
Bersedialah makhluk Allah sekalian
Bacalah,fahami dan hayatilah kitab suci
Jangan sehingga tulisan di Al-Quran hilang
Baru tercari-cari
Mengeluarkan suara mahu menelaah
tetapi membisu kerana tiada apa lagi yang dapat dibaca

Hargailah apa yang kita ada sekarang
Kerana semua itu tidak akan kekal
Semuanya pasti hancur dan hilang

Yang tinggal hanya kenangan yang tersemat didalam hati
meskipun ia juga akan hilang di hari pembalasan ...








No comments:

Post a Comment

X-Steel - Unavailable