-->

My Music

Thursday, 1 November 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum ,,sebagai pembuka bicara <3.....tahu tak kenapa saya letak nama blog ni Light Of Violet Purple?...satu hari nanti saya akan beritahu.Okeylah sebagai permulaan saya tidak tahu nak tulis apa.Buat pengetahuan anda,blog ini adalah blog ke-3 saya.Dengan blog ke-3 ni saya ingin berkongsi perasaan saya dengan sesiapa yang sudi melayan.Maklumlah..saya seorang yang bersendirian walaupun begitu,saya tidak kecewa kerana saya memang suka menyendiri..cuma kebelakangan ni rasa bosan bila tak de kawan nak berbual..haha mcm lah awak yang tersesat dalam blog ni akan berbual dgn saya..tapi sekurang-kurangnya dapatlah releasekan tension sikit bila org terbaca luahan kita,betul tak?..Seterusnya berkenaan diri saya pula...apa yang korang nak tahu? hmm...dalam blog ni saya guna nama Jun Kyo Sha,.nama ni terjemahan Jepun dan  makna di sebalik Jun Kyo Sha adalah makna pada nama sebenar saya.Nak tahu nama sebenar saya ke? boleh je klau ada orang rajin bertanya melalui feedback...Saya orang melayu,tiada kacukan darah dri mana2 bangsa lain.Kiranya saya ni melayu aslilah kan!? "Siapa bilang gadis melayu tak menawan,tak menarik hati...." haha lagu Jamal Abdillah.memang betul pun (ada kene mengena ke?)hehe .tapi saya tak mengatakan saya ni cantik,saya ni cuma budak skema.Mata rabun,silau pun ada..jadi dah tentulah pakai cermin mata orangnya.Umur saya (1+8-9+5-1+13-2=?) tahun.Masih seorang budak hingusan lagilah saya ni.Klau dah tahu umur saya..mesti tuan/puan thu saya baru je ambil peperiksaan yang penting.Oh ye..saya lahir di Kuching,Sarawak.duduk situ sampai umur 2 tahun je.Jadi,saya tak berapa kenal tempat lahir saya.Sekarang saya menetap di negeri Melaka selepas menetap di Johor selama 8 thun.Walaupun saya bukan anak jati Melaka..,saya rasa Melaka ni dah macam kampung saya!..Apalagi nak habak kat hang sume ye??? haahh...perangai! Saya ni degil tapi saya ni baik tau! Saya seorang yang pendiam tapi bab mengkritik orang lain sayalah no.1.Saya ni seorang yang serius...ada orang kata saya ni macam tak de perasaan..atau muka blurr,whateva la...Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang ahli korporat yang disegani dan of courselah excellent!(padahal saya tak tahu pun ahli korporat tu barang apa) sblum ni saya ada banyak cita2,tpi bila dah meningkat dewasa ni...makin lama makin terhad benda yang kita cuba ingin jadi...makin susah la maksudnya.Menjadi ahli korporat adalah cita2 yang jauh di sudut terpencil dalam hati saya...cita2 saya sekarang ialah ingin menjadi anak seni (mungkin artis) atau pun doktor yang bedah2 orang sakit.Saya masih bersekolah di SMK Ayer Keroh..rasa sayang pulak nak tinggalkan sekolah tu tahun depan,padahal saya memang dah tak sabar nak pegi sekolah lain ! okeylah saya dah mengantuk...gud nite..no no gud morning...dah pagi dah..nak dekat pukul dua pagi lah.....Assalamualaikum dan terima kasih ye sebab sanggup baca post yang tak menarik ni hingga ke akhirnya. p/s:tak sabar nak tengok JoZan kat MLM 2012,16 NOV ni...I ni peminat fanatik JoZan tau!!...fine dah abis citer dah,bai2

1 comment:

X-Steel - Unavailable