Assalamualaikum... lamo dah den tak berbicara kat blog ni..
Eden raso hari ni, den nak kobar sikit la apo yang terlintas kek ati den ni..
Pada mulanya, aku sendiri yg anggap diri aku ini anti-sosial, sebenarnya bukan.
Aku ada penyakit ni.. Aku ada rasa takut bila berkomunikasi kat orang yang aku tak biasa atau aku tak boleh bertentang mata dengan dia .. nanti tak pasal2 aku rasa nervous yg boleh buat aku lari. Setiap kali ada orang tegur atau aku lalu di hadapan orang, jantung aku berdegup kencang kegelisahan. Tapi disebbkan perangai ni, baru la aku develop anti-sosial tu walaupun sejujur-jujurnya aku suka berkawan dan dikelilingi manusia. Aku sendiri tak tahu macam mana nak atasi benda ni. Tapi aku mmg open dengan orang yang aku rapat. Aku akan berbual tak henti2 dengan dia. Aku juga tahu bahawa bukan senang aku nak berkawan, sbb aku jenis yg susah nk percayakan sesiapa dlm hidup aku. Aku mmg tak boleh tahan kalau aku dikhianati.
Kedua, aku suka bertangguh dan selalu absentminded di mana aku memang susah sangat nak bagi tumpuan terhadap sesuatu tu dlm masa yg lama. Kadang2 bila bertangguh tu, mmg lepas tu mesti rasa menyesal sangat.. sbb aku tahu klau aku tak bertangguh semuanye akan cepat settle dan aku akan kurangkan masalah yg menimpa aku. Ni lgi satu hari nak final exam, aku tak rasa takut dan aku rasa aku semakin malas. Belajar bukan lama pun, 10 minit belajar 50 minit rehat. Apa yang masuk agaknye..aku pun tak tahu la. Bila fikir2 balik, ketakutan nak exam tu selalu datang balik tapi kjp je.. pastu hati aku ni mula terlintas nak buat benda lain.. asal nak belajar je aku terlintas nak buat benda lain. Jarang sekali aku ada niat belajar yg betul2 lama jangka masa dia. Memang sekejap sangat mood belajar tu datang.. haih, aku harap perangai aku ni jangan buat sampai aku fail exam sudah la. Mak ayah hantar kat u utk belajar, bukan sentiasa berfikiran celaru dan tak mahu buat apa2. Aku dah la tak aktif sukan. Kalau akademik pun aku tak boleh capai.. alamatnye habis la aku. Macam mana la aku nak survive. Aku tak nak harapkan mak ayah sbb diorg dah banyak berhabis duit utk aku punya perbelanjaan kat sini. Aku tak boleh sia2 kan atau kecewakan diorg.. tapi dengan perangai yg sebegini aku khuatir suatu hari nnti aku akan menyusahkan diorg lagi dan malukan diorg. Aku tak nak hancurkan harapan diorg dan aku sendiri tak nak diri aku terkapai-kapai pd masa akan datang nnti.
Sejak akhir2 ni, minat aku dekat anime makin terhakis dan membuat aku kesepian dan aku melanguk sampai tak reti nak buat kerja lain. Aku tak tahu la apa minat aku sekarang.. nak tengok anime macam dah muak, nak lukis mcam dah tak suka, baca novel aku anggap bosan, menyanyi aku anggap buang masa.. jadi apa yang aku nak buat sekarang! Aku takde hobi yang spesifik atau tetap. Kadang2 tu rasa macam dah takde arah tujuan je. Ni yang aku risau sebab sekarang ni aku memang TIADA cita2. Aku tak tahu aku nak jadi apa. Aku macam takde semangat dan tak mahu fikirkan masa depan yg nnti mmg penuh dengan ranjau onak duri yang menyakitkan. Aku tiada persediaan. Aku tak pernah nak ambil serius dengan bidang diploma yang aku ambil sekarang ni.
Aku perasan aku ni selfish. Aku selalu tak pedulikan orang. Kesian Ika yang menjadi roomate aku dalam 2 semester ni. Aku tak rasa yang aku layak jadi roomate dia. Aku tak reti nak berbaik atau berbual dengan dia. Aku selalu rasa awkward bila bertentang mata dengan dia. Aku harap dia tak benci aku. Aku tahu aku ni mesti membosankan sbb aku selalu buat hal aku. Aku selalu makan sorang2, aku tak pernah nak ambil tahu pun dia dah makan ke tak. Tapi aku mmg menyesali perbuatan aku ni . Aku tak tahu nak repair macam mana sbb aku ni penakut. Aku tak berani nak buat perubahan. Aku sentiasa mengulangi kesilapan yang sama. Aku selalu buat benda yang tak mendatangkan faedah. Mkan minum sendiri pun tak reti nak jaga. Adakah aku merosakkan diri aku sendiri? Jawapan dia sudah terang lagi bersuluh.
Apakah kebaikan aku sebenarnye? Puas aku cari kebaikan dalam diri aku. Nak kata aku berpegang pd janji.. aku selalu memungkirinya. Nak kata suka tolong orang .. tak jugak.. itu bergantung pada mood. Senang citer semua yang aku buat berlandaskan mood aku yang mmg selalu tak baik. Kalau mood aku tak baik mmg hancur la semuanya. Aku rasa puncanya adalah aku tak menjaga betul2 hubungan aku dengan Allah, mak ayah adik dan orang2 di sekeliling aku. Tu sebab aku rasa hidup aku ni takde makna selalu. Aku cepat sangat putus asa. Aku perlu menjadi kawan pada diri aku. Aku lah yang kene memahami siapa sebenarnya aku. Bukan lagi menjauhkan diri. Bukan lagi tak terima diri sendiri. Aku kene aku. Aku tahu sekarang ni bukan la diri aku yang sebenar. Aku dah lama hilang dan aku nak cari balik dia. Kembali pada aku. Aku bukan jiwa yang kosong.
Semangat belajar, datang la padaku. Aku tak nak menyesal sebab aku buang masa. Tolong la dengan masa yang singkat ni.. bangunkan aku dari tidurku. Bangkitkan semula semangatku.. semarakkan lah ia agar aku boleh berhadapan dgn situasi hidupku kini.
No comments:
Post a Comment