-->

My Music

Saturday, 14 January 2017

DENDAM

EPISOD 1: Upacara kematian

Aku merenung ke luar tingkap, memerhati gelagat 3 orang rakan sekelas yang didenda memakai tag hingga menutupi separuh badan mereka. Ianya diperbuat daripada kotak dan tertulis "SAYA JANJI SAYA AKAN JADI BUDAK BAIK". Linda, Rina dan Arysa bergelak ketawa dengan lantangnya di luar kelas tanpa ada rasa malu atau insaf dengan kesalahan mereka.Cikgu Jamali mendenda mereka agar mereka dijadikan ikhtibar pada pelajar-pelajar yang lain,namun pelajar di kelas itu hanya mencebik dan tidak mempedulikan kata-kata amaran guru mereka.Malah mereka mengejek-ejek cikgu tanpa menghiraukan pandangan menjengkelkan dari guru-guru lain yang melalui koridor ketika itu. Aku hanya berdiam diri dan mataku meliar melihat karenah manusia yang jijik di depan mataku.

Di SMK Keramat ini, terkenal dengan kebanyakkan pelajarnya ada kumpulan tersendiri atau lebih tepat lagi "berpuak". Gila kuasa. Vandalisme. Pengaruh budaya kuning. Puak-puak ini berasa bangga melakukan hal sedemikian. Menyeksa,memukul dan 'sexual harassment' pada sesiapa sahaja yang lemah atau mengganggu kawasan mereka. Terutamanya pada orang yang mencabar mereka. Puak-puak ini saling mengadakan pertemuan untuk 'berperang' dengan tujuan merampas kawasan dan melakukan apa sahaja yang mereka suka pada puak yang kalah. Puak yang kalah seolah-olah seperti 'servant' pada mereka yang menang. Untuk menbuktikan mereka lebih berkuasa dan hebat.

Linda merupakan 'leader' dalam Puak Darah Hitam dan dia adalah anak kepada Datuk Kamri yang merupakan seorang korporat dalam bidang perniagaan. Linda mempunyai minat yang songsang iaitu dia suka pada perempuan. Lesbian. Gelaran yang lebih tepat pada gadis yang bertubuh lampai, berkulit hitam manis dan berambut lurus panjang hingga ke bahu itu. Sasaran 'Linda' adalah budak perempuan kurus tinggi, lembut dan berkulit cerah.

akan bersambung....

#perhatian: cerita ini dan watak-watak di dalamnya hanyalah rekaan semata-mata.

No comments:

Post a Comment

X-Steel - Unavailable