-->

My Music

Sunday, 15 September 2019

Adakah ini satu kemurungan?

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...

Untuk semester 4 yang sudah 2 minggu ni, suasana kelas masih tidak begitu haru. 30hb Julai yang lepas, aku keluar dari rumah sewa di Seksyen 2 dan menyewa di tempat baru -iaitu di sekitar Seksyen 7. Banyak yang dah terjadi sebelum masuk semester 4, aku malas nak ingat dan cerita balik.

Sebenarnya hari ni,aku teringat akan peristiwa lama semasa aku Sem 4 diploma dulu, yang menyakitkan dan merubah persepsi aku terhadap 'persahabatan'.. pada aku dan mungkin hanya aku yang rasakan ini... yang persahabatan takkan pernah bertahan~ jadi sejak dari tu takkan ada orang pun yang aku boleh anggap sebagai kawan jangka masa panjang tapi hanyalah sekadar sepintas lalu a.k.a short-term..hmm.. aku dah tak berapa ingat lah apa yang jadi sebab aku jenis melupakan apa sahaja yang melukakan hati aku. tapi perasaan sakit itu takkan pernah hilang.. tanpa aku sedari aku masih mengenangkan kisah lalu itu dan berasa kecewa. Takpelah.. tiada sesiapapun memahami hatiku melainkan diri aku sendiri.

Minggu lepas, aku terkejut jugak dengan tingkah laku aku. Disebabkan aku tak tahan dengar bebelan orang yang membandingkan aku dengan si fulan.. aku bertindak untuk melakukan perkara yang aku tak pernah buat sebelum ini. Disebabkan peristiwa itu, aku jadi lebih pendiam walaupun aku dah memang pendiam.. aku rasa aku tak nak campur dan berjumpa dengan manusia lain. Aku nak buat hal aku sahaja. Walaupun aku cuba muhasabah, tapi mungkin sebab hati aku dah hitam yang membuatkan aku menolaknya. Aku banyak membuang masa dan sering menghadap laptop walaupun aku rasa tengok laptop takdelah seronok sangat. hidup aku sekarang macam takde haluan dan aku tak nak fikirkan apa yang jadi akan datang.. aku cuma buat persediaan untuk masa yang dekat dan hanya ala kadar sekadar merentasi hari demi hari tanpa sebarang penglibatan yang memuaskan. Pada aku, hati aku dah mati.. mungkin ada kadangkala tuhan nak beri hatiku bernafas semula tapi aku menidurkannya.. aku rasa hidup ni macam lagi bagus kalau aku tak wujud dari mula. Secara jujurnya, aku rasa bimbang dengan keadaan aku sekarang .. aku takut aku ni ada masalah mental.. aku menaip ni pun sambil mengalirkan airmata.. emosi aku tak terkawal bukan sebab aku period pun.. mungkin sebab aku takde siapa nak buat jadi teman berbicara 

Semester 4 ni, sebenarnya aku menerima satu situasi baru iaitu duduk di rumah sewa seksyen 7. Apa yang buat situasi itu hambar adalah salah aku sendiri. Aku menjauhkan diri aku dari orang lain sedaya mungkin. 

Aku berhasrat untuk pergi jauh suatu hari nanti dan lupakan semua orang. Tempat yang cuma ada aku dan alam.



Friday, 15 March 2019

REPEAT PAPER SEMASA SEMESTER 3

Assalamualaikum, dah masuk tahun 2019 ni aku terbuka hati nak menulis kat blog ni.. okay, aku nak direct cerita apa yang terbuku dalam fikiran aku sekarang takut kang sat lagi lupa.. lupa tu dah sebahagian dari hidup aku.

15hb Februari 2019 tak silap aku dimana 10 hari lagi aku nak kembali ke UiTM utk semester 3, result exam semester 2 aku keluar. CGPA aku jatuh gedebuk. busssshhh... dari pointer 3 lebih dh takat pointer 2 something dah. Tapi aku memang dah agak aku akan fail masa aku tgh hadap satu paper tu. Paper tu 5 credit hour. alamatnya memang aku takkan bersama classmate aku lagi la semester 3 ni (utk subjek tu shj). Masa masuk exam utk paper yang aku fail tu, aku jadi 'blank' dimana aku tinggalkan je kertas tu putih bersih sebagaimana aku dapat masa sebelum nak jawab tu. Bayangkan 3 jam tunggu kat dewan peperiksaan tu tanpa jawab apa2. aku hanya merenung kertas tu dan baca banyak kali soalan2 yang tertera. 30 minit terakhir, aku cuba juga menjawab soalan part C yg mana cuma ada 60 markah dri 120 markah paper tu. Aku dah pasrah dah sebenarnya, aku tahu even aku jawab soalan tu, lulus pun takkan dapat. Tapi sekurang2nya aku dapat 'D'. Tapi ia tak mengubah apa2, gagal tetap gagal. 

Bila naik semester 3 ni, memang tak dinafikan agak pening nak menyusun semula jadual, kena naik turun jumpa advisor, tapi alhamdulillah aku dapat susunnya dgn baik.. aku ada 6 subjek semuanya untuk sem 3 (sebenarnya 8 tpi 1 PC dan 1 lagi aku takleh amik smpai aku pass subjek yg aku repeat ni), kiranya 5 subjek aku masih dapat bersama dengan kelas asal aku. Cuma 1 subjek yang repeat tu aku kena la bersama dengan junior dan duduk di kelas sem 2. 

Masa mula2 masuk kelas junior, aku rasa takut sangat. Takut kalau diorang ni pandang serong kat aku dan menjauhkan diri dari aku. Tapi tak.. aku seolah2 gembira masuk dekat kelas junior. Diorg layan aku dengan baik, diorang approach aku sehingga buat aku pun hepi nak bergaul dgn diorg.. aku lebih mengingati nama diorg berbanding nama classmate aku sendiri.. walaupun pada mulanya aku tak selesa dengan diorg sbb diorang tanya direct kat aku, yang aku ni budak repeat ke. Aku mengaku dengan sejujurnya, aku faham ni lah kesan bila tak jawab exam betul2. Aku masuk kelas diorg dan menghadap lecturer yang sama masa sem 2. ye. Aku rasa malu tang situ. Aku harap dia tak tanya kenapa aku fail. Tapi bila masuk kelas ni kali kedua, aku rasa lebih faham dengan apa yang lecturer aku cakap. Siap boleh ajar lagi junior2 aku. Aku berhasrat nak target subjek ni utk dapat A. supaya aku dapat naikkan pointer aku semula. Aamiin.

Sebulan dah berlalu, aku kat shah alam.. aku ada masalah pengurusan wang.. bukan aku tak berjimat cermat.. aku dah berjimat sehabis baik utk makan minum.. tapi mungkin sebab semester ni aku bawa kereta. Aku perlu keluarkan modal utk bayar isi minyak.. tapi bukan itu yang menjadi kesan utama terhadap financial aku. Baru2 ni ada pesta buku dekat SACC Mall. Aku bila tgk buku yg tengah promotion, apalagi..  belilah tanpa ragu2!.. dan menyesal di kemudian hari. Aku dah bazirkan hampir RM200 semata2 beli buku novel yang aku sendiri jarang baca. Bulan Mac ni je aku dah berhabis RM800++ (Baru separuh bulan tau tak!!).. haiih.. walaupun simpanan aku masih banyak, ini benda yang sangat kritikal. Tapi kalau nak diikutkan aku baru spend hampir RM400, sbb lagi RM400 lebih aku bayar duit sewa rumah untuk 3 bulan. Jadi 'massive spending or overspending' ni agak memberi tekanan pada aku. Aku taknak mintak parent aku duit. Aku nak buat side income, tapi tak tahu macam mana. Untuk separuh bulan lagi ni, aku akan try sebaik boleh utk cut down my expenses. 

Oh ye, untuk sem 3 ni.. aku kena ambil bahasa ke-3 which i choose to take Mandarin.. well, lecturer mandarin ni sangat best. Aku tak pernah rasa bosan masa masuk kelas dia. Ada orang kata mandarin susah, tapi aku enjoy dengan mandarin ni. Aku ingat nak amik Bahasa Jepun almaklum dah terpengaruh dengan Anime la nak dikatakan. Tapi aku rasa learning mandarin is quite good. Bahasa mandarin ni bagi benefit untuk kos yang aku ambil. Memang banyak syarikat hartanah luar sana memang berurusan dengan cina. Jadi kene la ada skill cakap cina kalau nak mintak kerja kat luar nanti. Tulisan dia pun aku suka sbb dia ada seni ala2 khat jawi gitu. haha.. aku teringat balik balik yang aku ni best student utk subjek jawi masa kat sekolah agama dulu. Aku harap aku boleh jadi best student utk mandarin ni jugak.

Sebelum aku menghabiskan penulisan aku, aku nak beritahu yang aku ada roomate baru kat rumah sewa ni. Well, aku suka dengan roomate ni, dia student master in Art & design kat UiTM. Boleh ngam la jugak. Aku bersyukur Allah pertemukan aku dengan orang baik2 semuanya. Yg tak pengaruh aku ke jalan sesat (sbb dh ada pengalaman dulu). Dalam bilik sepatutnya 4 orang, tapi 2 orang dah keluar, sorg pindah damansara, sorg lagi pindah sebab tukar kerja masa bulan feb hari tu. Tinggallah 2 orang..aku dan Dayang, dan masuk org ke-3 masa bulan 3 ni. kurang la sikit beban nak bayar duit sewa. Nasib ada orang nak masuk cepat2. Kalau tak sebulan nak kena bayar RM200++. Ok, apa2pun this new roomate, is a good person. I hope we will have good bonding within this short period. 

Hmm.. apalagi aku nak cerita ye? Mmg banyak cerita tapi aku tak larat nak selongkar memori aku ni. Aku takde idea dah. OK lah. Assalamualaikum.



Wednesday, 2 January 2019

Throwback 2018

Assalamualaikum... lama betul tak update blog ni. Dah masuk tahun 2019 dah pun. Banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2018 ni. Hari ini, dengan tak semena-mena aku ada mood nak bukak blog yang dah berkurun aku tak tengok. Macam ada feel nak cerita serba-serbi pasal diri ni. Aku point out kan peristiwa-peristiwa yang telah pun aku alami tahun ini dan menjadi kenangan, antaranya ialah
  • Aku derma darah di UiTM Tapah, Perak (Jan)
  • Aku menamatkan semester terakhir sebagai pelajar diploma statistik.. Alhamdulillah tak de extend (Jan)
  • Aku pergi menunaikan umrah bersama keluarga (Feb)
  • Aku dapat handphone baru dari ayah sempena dapat sambung belajar degree (Mar)
  • Aku dapat tawaran masuk degree dalam bidang Pengurusan Hartanah secara penerapan di UiTM Shah Alam (Mar)
  • Aku sertai acara berbasikal beramai-ramai anjuran Balai Polis Melaka Tengah (Ogos)
  • Aku jadi graduan untuk Diploma Statistik (Nov)
  • Jalan-jalan di sekitar Kuala Kangsar, naik feri & sbgainya (Nov)
  • Aku start duduk rumah sewa di Shah Alam pada semester 2 (Sept)
  • Aku salah naik bas sampai sesat naik train pun sesat lagi akhirnya 8 jam baru sampai rumah (Nov)
  • Aku dapat tawaran SPA untuk jawatan penilaian, kerani, dan separa perubatan..tapi tak pergi pun..haha
  • Aku sedang menghadapi final exam semester 2 sekarang ni (dari bulan disember 18 hingga jan 2019)
nanti aku sambung bila aku nak sambung..tetiba rasa mengantuk pulak..

Sunday, 22 April 2018

Permulaan Yang Baru

Mulai hari ini, aku akan menulis blog sekali setiap hujung minggu....demi mengingati segala yang berlaku dalam hidup aku... kesedihan, kekecewaan dan saat aku gembira akan menjadi kenangan untuk aku lewati semula...

Hari ini iaitu 22 April 2018... hatiku akan berubah, dari masa ke masa... aku akan berubah... sama ada baik ataupun sebaliknya.. azam untuk mencoretkan segalanya di sini.

Al-kisah dimulakan dengan cerita semalam...

21 April 2018 (Sabtu)
Pada hari ini, aku akan mengikuti rakanku berjalan di kota yang baru 7 minggu aku duduki. Tepat pukul 10 pagi, toyota vios putih dinaiki oleh kami berdua dari kolej Anggerik dan seterusnya mengambil seorang lagi rakan kami di kolej Mawar. 20 minit kemudian sampailah kami di ktm padang jawa. Aku berbaju biru gelap dan bertudung biru cair membeli kad ktm yg sebelum ni aku takde peluang nak buat. Kad tu boleh ditopup dan digunakan selama-lamanya.

baiklah... aku tahu bahasa aku mungkin kelihatan sedikit skema sbb aku dah lama tak menulis.. dengan semangatnya aku akan cuba menceritakan apa yg terjadi sabtu ni.

Tapi.. malangnya..mood aku tak berapa baik dan aku akan ringkaskan cerita aku pd sabtu ini walaupun sebenarnya banyak yang aku nak cerita.

bersambung...

Sebelum menaiki ktm, kami mengambil beberapa gambar sebagai kenang2an.. sesampainya tren, kami akan ke destinasi seterusnya, KL Sentral sambil menikmati pemandangan kota2 di sekitar Selangor.

Makan tengahari di KL Sentral iaitu di KFC sebelum meneruskan lagi perjalanan ke Masjid Jamek. Setelah selesai makan, kami bertiga menaiki LRT untuk ke Masjid Jamek. Pada masa inilah, aku belajar bagaimana hendak menaiki LRT.

Di Masjid Jamek,  kami pergi ke Jalan TAR yang dipenuhi dengan segala kedai yang menggoda aku untuk mengeluarkan wang. Kami singgah di kedai baju yang kawan aku tempah jubah. Semasa di kedai tu, mata aku melilau pada bahagian tudung walaupun pada awalnya aku takde minat untuk membeli apa2 pun di kedai tersebut. Namun... aku pantang melihat benda yang murah.. maka aku pun belilah 3 helai shawl sarung dan 2 helai anak tudung dengan hanya RM20.20 semuanya.

Setelah kami bertiga membeli barang masing2 di kedai tersebut. Kami meneroka la pasar2 yang berada di jalan tar itu. Banyak betul makanan yang buat aku terliur. Aku terjumpa gerai yang menjual donut sebesar kepala budak dan tak semena-menanya..aku pun beli sebab aku tak pernah jumpa donut yang sebegitu besar.. aku jugak terbeli baju besar berwarna merah berharga RM30 utk dipadankan dengan shawl yang aku beli. Tak lupa jugak..aku beli buah anggur yang berharga RM10.

Setelah habis membeli belah, kami kembali ke stesyen LRT Masjid Jamek dan membeli coin utk balik ke KL Sentral. Aku akan ingat ada satu terowong gelap yang akan dilalui dan seterusnya melalui pasar seni dan akhirnya sampailah KL Sentral.

Sesampainya di KL Sentral, kami naik KTM untuk sampai ke padang jawa, Semasa dalam perjalanan, aku memakan buah mata kucing yang diberi oleh pekedai yang menjual anggur pada ku sebelum tu. Kawan aku terlena semasa dalam perjalanan, dan sebelum sampainya di perhentian terakhir kami... aku sekali lagi mengambil gambar sebagai kenang2an.

Sampai shj di ktm padang jawa, kereta myvi ungu gelap menumpangkan kami untuk balik ke uitm semula. Kami meletakkan barang di kolej kami dahulu, dan kemudian menaiki semula kereta untuk singgah di dataran cendikia,kolej mawar.

Kami bertiga belilah makanan sbb dekat masjid jamek tadi tak berapa beli makanan sangat.
Aku beli wafer, nasi bujang dan kebab. Lepas abis beli makanan masing2..kami pun berpisah. Seorang rakan ku memang duduk di kolej mawar. tinggallah kami berdua menunggu bas untuk pulang ke kolej anggerik.

Well, setelah penat menunggu bas dan akhirnya dapat naik bas tersebut..satu lagi peristiwa ternaik bas yang keluar dari uitm telah terjadi pada ditriku. Aku dan kawan aku ditinggalkan oleh bas di Seksyen 2. Mood aku betul2 bertukar jadi tak baik. Kenapalah senang sangat bad mood tu datang. Aku rasa bengang sangat sebab aku betul-betul nak balik. Jam dah menunjukkan pukul 6 padahal sepatutnya sebelum pukul 5 aku sepatutnya sudah berada di kolej anggerik dan menikamati makan malamku.

Tapi, walaupun hati aku kepanasan menerima hakikat kena menunggu bas lagi untuk masuk semula ke uitm.. aku terjumpa kedai2 di seksyen 2..sedikit sebanyak membuka mata aku.. (jauh berjalan luas pemandangan) tu yang aku nak maksudkan.. kalau aku tak terbabo kt seksyen 2 ni, aku takkan tahu apa yang ada kat seksyen 2

Seriously. kat Seksyen 2 ni ibarat heaven makanan untuk aku. Banyak sangat pilihan makanan.. tapi aku dah beli makanan kt DC, jadi aku just beli air kelapa je kat situ utk menghilangkan dahaga menunggu bas. Jadi lepas ni pilihan aku nak membeli barang boleh ada banyak option tempat. tak perlu lah segalanya nak beli kat dlm uitm atau naik grab pergi mydin n JJ bagai.. naik bas pergi seksyen 2 pun sudah memadai.

Dalam pukul 6.30 ptg, bas pun sampai mengambil aku dan kawan aku masuk ke uitm semula. Setelah itu sampai lah aku di kolej anggerik akhirnya.

Perbelanjaan aku sepanjang hari ini:

Pergi-balik ktm padang jawa-uitm = RM6.40
Buat kad KTM dan topup = RM30 (RM7.60)
Pergi-balik KL Sentral-Masjid Jamek = RM 3.20
Makan KFC = RM8.60
Shawl 3x + anak tudung = RM20.20
Donut 1x = RM4
Anggur = RM10
Baju t-shirt merah = RM30
Air Soda Herba = RM3
Wafer = RM3
Kebab ayam = RM4
Nasi Bujang = RM2
Air Kelapa = RM2

Jumlah perbelanjaan = RM126.40

Secara kesimpulannya, minggu dpn aku kene berbelanja RM23.60 sahaja untuk cukupkan RM150.
Aku cuma boleh berbelanja selama 5 hari sebanyak RM4.70 sehari. Atau sebanyak RM5 untuk 4 hari.Atau RM7.80 sehari untuk 3 hari. Air minuman takkan dibeli dan hanya beli makanan sekali sehari. Alternatif untuk beli makanan sekali ialah dengan berpuasa minggu depan.

Saturday, 14 January 2017

DENDAM

EPISOD 1: Upacara kematian

Aku merenung ke luar tingkap, memerhati gelagat 3 orang rakan sekelas yang didenda memakai tag hingga menutupi separuh badan mereka. Ianya diperbuat daripada kotak dan tertulis "SAYA JANJI SAYA AKAN JADI BUDAK BAIK". Linda, Rina dan Arysa bergelak ketawa dengan lantangnya di luar kelas tanpa ada rasa malu atau insaf dengan kesalahan mereka.Cikgu Jamali mendenda mereka agar mereka dijadikan ikhtibar pada pelajar-pelajar yang lain,namun pelajar di kelas itu hanya mencebik dan tidak mempedulikan kata-kata amaran guru mereka.Malah mereka mengejek-ejek cikgu tanpa menghiraukan pandangan menjengkelkan dari guru-guru lain yang melalui koridor ketika itu. Aku hanya berdiam diri dan mataku meliar melihat karenah manusia yang jijik di depan mataku.

Di SMK Keramat ini, terkenal dengan kebanyakkan pelajarnya ada kumpulan tersendiri atau lebih tepat lagi "berpuak". Gila kuasa. Vandalisme. Pengaruh budaya kuning. Puak-puak ini berasa bangga melakukan hal sedemikian. Menyeksa,memukul dan 'sexual harassment' pada sesiapa sahaja yang lemah atau mengganggu kawasan mereka. Terutamanya pada orang yang mencabar mereka. Puak-puak ini saling mengadakan pertemuan untuk 'berperang' dengan tujuan merampas kawasan dan melakukan apa sahaja yang mereka suka pada puak yang kalah. Puak yang kalah seolah-olah seperti 'servant' pada mereka yang menang. Untuk menbuktikan mereka lebih berkuasa dan hebat.

Linda merupakan 'leader' dalam Puak Darah Hitam dan dia adalah anak kepada Datuk Kamri yang merupakan seorang korporat dalam bidang perniagaan. Linda mempunyai minat yang songsang iaitu dia suka pada perempuan. Lesbian. Gelaran yang lebih tepat pada gadis yang bertubuh lampai, berkulit hitam manis dan berambut lurus panjang hingga ke bahu itu. Sasaran 'Linda' adalah budak perempuan kurus tinggi, lembut dan berkulit cerah.

akan bersambung....

#perhatian: cerita ini dan watak-watak di dalamnya hanyalah rekaan semata-mata.

Friday, 13 January 2017

The Lack Of Interest

So, today I'm gonna tell my story by using English's language. I'm really sorry if my grammar is still broken and whatsoever i don't care blablabla

I have discover this about myself, well its not so pleasant but finally i know what is my problem. The damn thing that always in my ways. Its a "LACK OF INTEREST". How could i know this? I'm just try the birth date or zodiac or blood type things and its so accurate that i cannot really deny the truth of myself. Actually, i take a long time to type this thing on my blog but i procrastinate it because the truth is I'm always lack of interest. Now I'm interested to write because i have that 'interest',but even now the lack of interest is threatened to me as I'm kind of lacking. The ideas comes so much but i never get to jot it down because later i don't care about it.

What will happen when i'm really lacking, the worse thing you know what? I forgot people's name that have been with me for such a long time!! its like an amnesiac~ and I easily forgot what happen yesterday as my mind keep reminding useless thing and make me really forget the present or just a minute ago. That's terrible you know. What people will feel if i'm just forgeting their name but they remember you like a family or even best friends. I'm even forgetting my best friend names and classmates.
Do you know why i don't speak often? Well one of the reasons is,.. let me tell you that if i'm so quiet like a tombstone on a grave, perhaps i already don't remember you even you were chatting to me yesterday with so many enthusiastic thing about life. I FORGET, I FORGOT. I'm rarely remember anything. SO THATS WHY DON'T EXPECT ME TO TALK WITH YOU CHEERFULLY AS I'M ALREADY FORGETTING ABOUT EVERYTHING!

It is indeed the saddest thing to me as i keep losing friends. It just a friend for a day. No longer than that. I'm always lonely, Sometimes i'm crying because its too lonely. I guess they hate someone like me. I can't ever mingle with my classmates or even roomates properly. If there is a happy day, then that day is just a nice lucky day, but it only last for that day. Tomorrow will be too awkward. Hey! can I cure this? It just to bad that someday i can't stand it anymore. I'm afraid with myself that I might do the foolest thing in the world.

I'm not sure where this lacking come from. I keep losing my interest  and tends to switch to somethings else and then I will discard it as i don't feel any interest at all.

What i can tell you, this is one the reasons why i'm so anti-social nowadays because i'm afraid of forgetting you and it hurting me a lot as you leave me alone and never talk to me again. So, its better for me to be alone as i am getting used of it day by day. I'm sorry for my weak responses. I'm sorry if i'm hurting yours feeling. but i sincerely minds you as my friends even i forgot your names.


Sunday, 2 October 2016

Luahan tentang diri ini

Assalamualaikum... lamo dah den tak berbicara kat blog ni..
Eden raso hari ni, den nak kobar sikit la apo yang terlintas kek ati den ni..

Pada mulanya, aku sendiri yg anggap diri aku ini anti-sosial, sebenarnya bukan.
Aku ada penyakit ni.. Aku ada rasa takut bila berkomunikasi kat orang yang aku tak biasa atau aku tak boleh bertentang mata dengan dia .. nanti tak pasal2 aku rasa nervous yg boleh buat aku lari. Setiap kali ada orang tegur atau aku lalu di hadapan orang, jantung aku berdegup kencang kegelisahan. Tapi disebbkan perangai ni, baru la aku develop anti-sosial tu walaupun sejujur-jujurnya aku suka berkawan dan dikelilingi manusia. Aku sendiri tak tahu macam mana nak atasi benda ni. Tapi aku mmg open dengan orang yang aku rapat. Aku akan berbual tak henti2 dengan dia. Aku juga tahu bahawa bukan senang aku nak berkawan, sbb aku jenis yg susah nk percayakan sesiapa dlm hidup aku. Aku mmg tak boleh tahan kalau aku dikhianati.

Kedua, aku suka bertangguh dan selalu absentminded di mana aku memang susah sangat nak bagi tumpuan terhadap sesuatu tu dlm masa yg lama. Kadang2 bila bertangguh tu, mmg lepas tu mesti rasa menyesal sangat.. sbb aku tahu klau aku tak bertangguh semuanye akan cepat settle dan aku akan kurangkan masalah yg menimpa aku. Ni lgi satu hari nak final exam, aku tak rasa takut dan aku rasa aku semakin malas. Belajar bukan lama pun, 10 minit belajar 50 minit rehat. Apa yang masuk agaknye..aku pun tak tahu la. Bila fikir2 balik, ketakutan nak exam tu selalu datang balik tapi kjp je.. pastu hati aku ni mula terlintas nak buat benda lain.. asal nak belajar je aku terlintas nak buat benda lain. Jarang sekali aku ada niat belajar yg betul2 lama jangka masa dia. Memang sekejap sangat mood belajar tu datang.. haih, aku harap perangai aku ni jangan buat sampai aku fail exam sudah la. Mak ayah hantar kat u utk belajar, bukan sentiasa berfikiran celaru dan tak mahu buat apa2. Aku dah la tak aktif sukan. Kalau akademik pun aku tak boleh capai.. alamatnye habis la aku. Macam mana la aku nak survive. Aku tak nak harapkan mak ayah sbb diorg dah banyak berhabis duit utk aku punya perbelanjaan kat sini. Aku tak boleh sia2 kan atau kecewakan diorg.. tapi dengan perangai yg sebegini aku khuatir suatu hari nnti aku akan menyusahkan diorg lagi dan malukan diorg. Aku tak nak hancurkan harapan diorg dan aku sendiri tak nak diri aku terkapai-kapai pd masa akan datang nnti.

Sejak akhir2 ni, minat aku dekat anime makin terhakis dan membuat aku kesepian dan aku melanguk sampai tak reti nak buat kerja lain. Aku tak tahu la apa minat aku sekarang.. nak tengok anime macam dah muak, nak lukis mcam dah tak suka, baca novel aku anggap bosan, menyanyi aku anggap buang masa.. jadi apa yang aku nak buat sekarang! Aku takde hobi yang spesifik atau tetap. Kadang2 tu rasa macam dah takde arah tujuan je. Ni yang aku risau sebab sekarang ni aku memang TIADA cita2. Aku tak tahu aku nak jadi apa. Aku macam takde semangat dan tak mahu fikirkan masa depan yg nnti mmg penuh dengan ranjau onak duri yang menyakitkan. Aku tiada persediaan. Aku tak pernah nak ambil serius dengan bidang diploma yang aku ambil sekarang ni.

Aku perasan aku ni selfish. Aku selalu tak pedulikan orang. Kesian Ika yang menjadi roomate aku dalam 2 semester ni. Aku tak rasa yang aku layak jadi roomate dia. Aku tak reti nak berbaik atau berbual dengan dia. Aku selalu rasa awkward bila bertentang mata dengan dia. Aku harap dia tak benci aku. Aku tahu aku ni mesti membosankan sbb aku selalu buat hal aku. Aku selalu makan sorang2, aku tak pernah nak ambil tahu pun dia dah makan ke tak. Tapi aku mmg menyesali perbuatan aku ni . Aku tak tahu nak repair macam mana sbb aku ni penakut. Aku tak berani nak buat perubahan. Aku sentiasa mengulangi kesilapan yang sama. Aku selalu buat benda yang tak mendatangkan faedah. Mkan minum sendiri pun tak reti nak jaga. Adakah aku merosakkan diri aku sendiri? Jawapan dia sudah terang lagi bersuluh.

Apakah kebaikan aku sebenarnye? Puas aku cari kebaikan dalam diri aku. Nak kata aku berpegang pd janji.. aku selalu memungkirinya. Nak kata suka tolong orang .. tak jugak.. itu bergantung pada mood. Senang citer semua yang aku buat berlandaskan mood aku yang mmg selalu tak baik. Kalau mood aku tak baik mmg hancur la semuanya. Aku rasa puncanya adalah aku tak menjaga betul2 hubungan aku dengan Allah, mak ayah adik dan orang2 di sekeliling aku. Tu sebab aku rasa hidup aku ni takde makna selalu. Aku cepat sangat putus asa. Aku perlu menjadi kawan pada diri aku. Aku lah yang kene memahami siapa sebenarnya aku. Bukan lagi menjauhkan diri. Bukan lagi tak terima diri sendiri. Aku kene aku. Aku tahu sekarang ni bukan la diri aku yang sebenar. Aku dah lama hilang dan aku nak cari balik dia. Kembali pada aku. Aku bukan jiwa yang kosong.

Semangat belajar, datang la padaku. Aku tak nak menyesal sebab aku buang masa. Tolong la dengan masa yang singkat ni.. bangunkan aku dari tidurku. Bangkitkan semula semangatku.. semarakkan lah ia agar aku boleh berhadapan dgn situasi hidupku kini.
X-Steel - Unavailable