-->

My Music

Saturday, 11 April 2015

2015.. Ada Pembaharuan,Berita atau..?

Assalamualaikum...nak ucap tahun baru pun dah lama lepas dah..ni dah masuk bulan 4..Ok,kita tahu banyak yang dah berlaku pada tahun lepas dan memberi impak yang besar pada tahun ni iaitu tahun 2015 di negara kita yang tercinta "Malaysia". Sedikit sedutan tahun lepas,2014...kehilangan pesawat MH370 yg hilang sejak March 2014 hingga sekarang tidak dapat dikesan dan kes penembakan jatuh pesawat MH17 yg terlibat dalam Ukraine-Russia punya pergaduhan..Tahun lepas juga bencana banjir yg umpama Tsunami kecil melanda.. Negara kita dalam keadaan struggle selepas semua kejadian yang berlaku.. Jadi sebagai rakyat Malaysia,jangan la kita membuat spekulasi sesuka hati tanpa bukti kerana ini melibatkan keluarga mangsa keadaan tersebut.Bantu la apa yang patut,derma atau bagi sumbagan tenaga...paling tidak pun doakan kesejahteraan mereka..Jangan jadi keyboard warrior ..

Ok,jangan sedih2 lagi..sekarang saya nak cerita tentang saya pula...


Tahun lepas SPM telah ditempuh,dan keputusannya keluar pada 3 March 2015...Saya hanya mendapat 1A+ 1A 3A- 2B+ 2C+ 1D dan 1E..keputusan itu tidak begitu baik dan tidak boleh dibanggakan.Sepanjang cuti ini,saya telah mengambil lesen B2 dan D.Alhamdulillah,pada 31 March 2015 saya telah lulus dan mendapat lesen P..Tahun ini juga banyak yang telah terjadi..Ibu dan ayah saya sering masuk ke hospital..Mula2 ibu saya dahulu kerana ada operate hempedu.Hempedu dia didapati ada ketulan batu2 kecil dan keadaan kantung hempedu tersebut sudah teruk sehingga boleh menyebabkan kanser hati jika tidak dibedah dan tidak dibuat tindakan secepatnya.Hampir 2 bulan,ibuku terlantar di hospital..Tidak sempat lagi MC ibuku tamat..ayahku dihantar ke hospital.Usus besarnya perlu dipotong lebih kurang dalam 1/2 kaki untuk dibuang.Punca yang sebenar-benarnya adalah ayah menghidap SLE atau CLE(saya dh lupa mana satu)..Penyakit tu telah memakan organ dalaman ayahku sedikit-demi sedikit namun syukur alhamdulillah ianya sempat dibuang dan diselamatkan..Kedua ibu ayahku tidak lagi boleh makan sesuka hati mereka.Mereka juga sudah tidak digalakkan untuk membuat kerja berat..nak angkat tong gas pun dah tak boleh...Setelah awan mendung pergi...kami sekeluarga menerima khabar gembira...Ibuku,.dia dinaikkan pangkat ke "sister" iaitu U32 dalam bidang kejururawatan.Tahniah!! diucapkan..Ok,berbalik pada diri saya..sbelum tu maaf kerana kejap2 saya menggunakan "saya" atau "aku"..Saya dah banyak terima tawaran belajar dekat U,tapi semuanya swasta..saya dinasihatkan tidak menerimanya.Saya telah memohon IPTA:UITM,UPSI dan lagi satu saya dah lupa -_- Saya juga telah memohon matrikulasi di kawasan Johor,Melaka dan Seremban..Jadi tidak lama lagi,aku akan dapat keputusannya pada bulan April ini..Tarikh 15 April akan menentukan ke mana pilihan hala tuju yang bolehku jejaki. 90% dalam fikiranku,saya ingin menyambung ke Tingkatan 6..Tetapi andainya sudah takdir saya tidak ke T6,saya akan pergi ke Matrik atau U jika berkelayakan..Saya cemburu melihat kawan-kawan yang sudah bekerja dan mendapat duit poket sendiri.Ibu dan ayahku tidak membenarkan saya bekerja sehingga lesen yang saya ambil tamat di belajar.Walaubagaimanapun,saya tetap tidak boleh bekerja kerana tidak lama lagi akan ada perkahwinan sedara sebelah ibuku..Jadi keluarga saya antara orang penting dalam majlis tu..Lagipun,setelah lesen saya lulus,saya punya minat hendak bekerja sudah terhakis kerana ingin menumpukan di mana harus saya meneruskan belajar...Belajar lebih penting dan lesen yg saya dah lulus tu sangat berguna.Saya sudah pun boleh membawa kenderaan ayah saya. Sekarang ni saya hanya biasakan diri dengan motorsikal...Baiklah,ingatan saya samar2 dengan apa yang dah terjadi..jadi sampai di situ saja coretan yang boleh dikongsi dan dibaca bersama..Sayonara

No comments:

Post a Comment

X-Steel - Unavailable