Ehem ehem hem...Ramai pelajar lepasan SPM sudah pun dapat tawaran pergi ke situ atau ke sana atau ke sini atau ke sinun..Baiklah...entri sebelum ni saya ada mengatakan yang tarikh 15 April akan membuka pilihan saya untuk meneruskan belajar.So,pada tarikh itu adalah keputusan kemasukan Tingkatan 6. Keputusannye...jeng3..Tahniah! saya BERJAYA!! Yay! Yahoo! yabedabedu! Syukur alhamdulillah.. Saya dapat jurusan kemanusiaan di sekolah SMK Bukit Baru,Melaka..5 Mei 2015 nanti kena lapor diri. Fuhh...tinggal beberapa hari je lagi..dalam 20 hari kot..Tetapi,ada juga berita sedih,..subjek yang saya nak ambil tiada ditawarkan di sekolah itu..Jadi,saya akan lapor diri dahulu dan memohon untuk tukar sekolah yang ada menawarkan subjek tersebut..
Senarai Subjek STPM:
- Pengajian Am
- Bahasa Malaysia
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Literature In English
- Kesusasteraan Melayu Komunikatif
- Syariah
- Usuluddin
- Sejarah
- Geografi
- Ekonomi
- Pengajian Perniagaan
- Perakaunan
- Mathematics S
- Mathematics T
- Further Mathematics T
- Computing//Information & Communications Technology
- Physics
- Chemistry
- Biology
- Sains Sukan
- Seni Visual
ada lagi ke? entahlah...Saya berminat pada 5 Subjek ni..Kesusasteraan Melayu, Geografi, Computing, Mathematics T dan Seni Visual..Saya harap saya dapat pilih subjek yang saya suka..dan saya yakin saya mampu buat!
Oh ye..ni ada extra info bersumberkan Wikipedia bebas tentang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia..bagi sesiapa yang keliru dengan subjek Matematik ~
#Pertukaran format
Mathematics S (bermaksud Matematik gunaan) dan Mathematics T (bermaksud Matematik tulen) dalam format lama STPM (sebelum tahun 2012) akan disemak semula untuk Mathematics M (Pengurusan) dan Mathematics T (Teknologi) masing-masing.
Sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran Matematik akan dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan bidang topik.
Mathematics M
Oh ye..ni ada extra info bersumberkan Wikipedia bebas tentang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia..bagi sesiapa yang keliru dengan subjek Matematik ~
#Pertukaran format
Mathematics S (bermaksud Matematik gunaan) dan Mathematics T (bermaksud Matematik tulen) dalam format lama STPM (sebelum tahun 2012) akan disemak semula untuk Mathematics M (Pengurusan) dan Mathematics T (Teknologi) masing-masing.
Sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran Matematik akan dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan bidang topik.
Mathematics M
- Algebra and Calculus
- Statistics
- Financial and Decision Mathematics
Mathematics T
- Algebra and Geometry
- Calculus
- Statistics
Further Mathematics
- Discrete Mathematics
- Algebra and Geometry
- Calculus
Semua mata pelajaran Matematik (tidak termasuk Further Mathematics) berkongsi sukatan pelajaran yang sama untuk bahagian "Algebra" tetapi sukatan pelajaran yang berbeza bagi bahagian "Statistics" walaupun tajuk yang sama.
*Pengajian Am dan MUET tu WAJIB diambil setiap pelajar Ting.6..Ok la nak kongsi sikit ni..
Tempoh pengajian Ting.6 adalah selama 1 tahun setengah..dan terbahagi kepada 3 semester/penggal.
Ini ialah sistem penggredan yang terbaharu
So,daripada situ kita dah kena tahu apa target kita..Hala tuju saya,..saya nak pergi Universiti Malaya dengan kelayakan STPM ni..selalunya UM akan mengambil pelajar yang berjaya mendapat NGMP 3.00 keatas..Jadi,lepas ni saya kena kerja keras untuk mengejar impian saya.Apapun STPM ni dia ambil kira 4 mata pelajaran terbaik.Jadi pastikan pilihan subjek tu sesuai dengan kemampuan anda. Kebanyakkan pelajar Ting.6 mengambil 5 subjek..Huh!jangan main2 walaupun bilangan subjek STPM yg wajib diambil lebih sikit daripada SPM,.kita akan diamanahkan kerja kursus yang banyak!! Sijil peperiksaan STPM ni diiktiraf seluruh dunia..jadi mestilah susah giler peperiksaan dia! Namun,tak susah kalau kita belajar dengan hati yang lapang dan terbuka ~Anda mampu mengubahnye~
Okay..berbalik pada storyline saya..Sebenarnya,saya dah mohon matrikulasi..tapi tak dapat :'( tak pe! Lagipun dia belajar satu tahun je..Saya ni dah la lambat pick up..Oh ye,13 April lepas,saya juga dapat keputusan UPU untuk kursus yang bertemu duga.Saya ditawarkan satu diploma ni..Diploma tersebut adalah Diploma Seni Muzik di UITM..Pehh,sebenar-benarnya,saya memang minat muzik2 ni tapi nak buat macam mana..parent tak kasi..Saya pun fikir2 balik..baik saya ikut je cakap mak ayah saya.Lagipun pengetahuan saya pasal muzik sangat cetek..Biarlah~..tawaran tu cuma menjadi kenangan..hihihi.. Lagi satu,hari ni saya pergi Putrajaya..Mak ayah ada urusan pasal rumah & apape je la.Lepas tu,bila tiba solat Zuhur..pergi la singgah Masjid Putrajaya ..kemudian saya balik rumah dan menulis blog.
Masjid Putrajaya
Hmm..dah banyak tulis ni..jadi saya ingin mengucapkan sayonara & terima kasih ye membaca blog yang tak seberapa ni :) babai!!
No comments:
Post a Comment