-->

My Music

Friday, 17 April 2015

Suatu scene cerita yang ditokok tambah ~

One of Gintama's scene


"Aku akan lindungi mereka walaupun jiwaku terpisah daripada jasadku,dan apa yang aku lindungi daripada dahulu hingga sekarang tak pernah berubah sikit pun!!," Shiroyasha berkata kepada Takasugi,.Katsura tersenyum dan berdiri di sisi Shiroyasha yang lebih dikenali sebagai Gin.

"Oi!Gin, apabila sampai masa aku hilang pertimbangan dan mengancam orang yang penting dalam hidupku..aku tak mahu mati di tangan orang lain,.bunuh lah aku,.tapi kalau engkau yang berubah menjadi selain daripada engkau yang hari ini,..aku lah orang yang pertama menamatkan riwayat kau!"..

Takasugi terkesima mendengar butir kata-kata Shiroyasha dan Katsura. 
"Kenapa!?..Kenapa kamu berdua masih mahu melindungi negara rosak yang penuh keji ini? Aku mahu kita bersatu ' bersihkan ' semula tempat tumpahnya darah kita ini yang telah mengorbankan guru kita,rakan-rakan kita!! Aku nak balas dendam atas kematian mereka!," jerit Takasugi sambil menghunuskan pedangnya pada salah satu jasad yang bergelimpangan di tanah.

Shiroyasha memegang dadanya yang berlumuran darah berkata "Apa yang kita peroleh daripada perbuatan membalas dendam? Kau mahu mengorbankan mereka yang tidak bersalah!? Aku masih menganggap kau sebagai sahabat aku..jadi! hentikan semua ini,aku rindu zaman kita berjuang bersama dahulu," Shiroyasha membicarakan kata-katanya dengan tenang kepada Takasugi.

Darah pada kecederaan Gintoki mengalir deras...Kimono  putih yang dipakai Gintoki dicemar warna merah pekat yang hangat.Katsura mula cemas melihat keadaan Shiroyasha.

Shiroyasha di dukung oleh Katsura,yang menjadi pendamping di sisinya.Rambutnya yang perak itu tersisir tepi melihatkan wajah Gintoki yang semakin tenat..Akhirnya,Gintoki hilang kesedaran dan menutup matanya.

"Gin!!," jerit Takasugi dan Katsura pada masa yang sama....

"Maafkan aku..walaupun aku cuba menkhianati kau,kau masih menganggap aku sebagai sahabat dan diri kau dari sejak kita mula-mula bertemu hinggalah sekarang,tak berubah! masih lagi Gin yang aku kenal..Aku kagum dengan kau,Gin!!

Katsura dapat lihat ada cecair panas yang mula bertakung pada bening Takasugi..Katsura tersentuh mendengar pengakuannya.

"Tapi aku telah berdosa kerana aku telah mengambil nyawa ramai manusia tanpa belas kasihan,.aku tidak layak berada di sisi kau!,"air mata Takasugi berlinangan mengenangkan perbuatannya.

Ahli-ahli Shinsengumi yang memerhatikan mereka bertiga turut tersentuh dan merasa sebak..


To be Continue....

No comments:

Post a Comment

X-Steel - Unavailable